- Piranti Output adalah sebarang piranti perkakasan yang digunakan untuk memaparkan maklumat yang telah diproses oleh Unit Pemprosesan Pusat (CPU) untuk dilihat, digunakan atau didengar oleh pengguna.
- Data yang diinput menerusi peiranti input perlu diproses oleh komputer supaya berada dalam bentuk yang boleh dibaca oleh mesin sehingga piranti output menukarkannya ke bentuk yang boleh dibaca oleh manusia. diantara contoh-contoh piranti output adalah seperti :
1. Monitor
LCD Monitor |
Memaparkan
maklumat yang kelihatan di atas skrin. Maklumat yang biasa dipaparkan di
atas skrin adalah seperti gambar, permainan komputer, tayangan filem,
arahan, teks dan sebagainya. antara jenis-jenis monitor adalah CRT
(Cathode Ray Tube, LCD (Liquid Crystal Display) dan Plasma Display.
2. Projektor LCD
Projektor LCD |
Fungsi yang sama seperti monitor tetapi lebih sesuai digunakan untuk ditayangkan di sebuah bilik atau kawasan yang luas.
3. Pencetak / Printer
Printer |
Pencetak
adalah satu peranti yang digunakan untuk mengeluarkan maklumat dalam
bentuk cetakan pada kertas. Juga dikenalai salinan Hard Copy. Manakala salinan dalam disket dikenali sebagai Soft Copy.
Terdapat beberapa jenis pencetak yang terdapat dipasaran. Antaranya
ialah Pencetak Bubble-Jet, Pencetak Laser, Pencetak Dot-Matrix dan
Pencetak Plotters.
4. Speaker Audio
Speaker Audio |
Speaker ataupun lebih dikenali dengan nama pembesar suara. Ia mengeluarkan maklumat dalam bentuk bunyi/audio.
0 komentar:
Posting Komentar